Wednesday, 4 July 2012

Kali Pertama

As Salam
Ini adalah entry aku yang pertama dalam tahun 2012 ni. Sedih kan?
Nak buat camne, kesibukan yang melanda pada diri tidak kurang juga dengan dugaan yang melanda dalam hidup. Semua itu aku harunginya dengan sokongan daripada kawan-kawan ku di sini.

Satu permulaan hidup baru pada tahun ini. Segala-segalanya telah ku mulakan dengan buku baru dan dengan wajah baru. hak3
Erm....kenangan yang dulu telah ku bungkus dengan rapi dan telah ku campak jauh-jauh.
Aku tak ingin lagi mengingati kisah-kisah silam aku sebab aku tak nak ada langsung kaitan dengan dia.
Dan di sinilah aku terdampar di negeri bawah bayu bersama kasih cinta dan harapan dari keluarga di semenanjung bersama sinar hati yang baru
Di sini aku temui kekuatan baru setelah kekuatan yang lama dulu aku tinggalkan. Bak kata orang, jika kamu ada dua orang yang kamu sayang dalam hidup kamu, pilih lah yang kedua kerana kamu tak akan menyayangi orang yang kedua jika kamu betul-betul menyayangi yang pertama.
So, keputusan telah diambil dan si dia akan aku bawa pulang nanti untuk dipertemukan kepada mak abah dan keluarga  :)

Tapi jika anda ada terbaca entry mengenai 'dia' yang dulu-dulu, paham2 lah sebab blog ni wujud pon bukan sebab die. tapi blog ni wujud sebab adanya saya dan saya yang berhak ke atas blog ini. harap faham    :)


p/s : da tak kerap up entry sebab malas   :D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...